Temu Ramah yang Menarik bersama Maulana

This post is also available in: English, Spanish, Arabic, Bahasa, Bosnian, Croatian, Serbian, Turkish

 

 

Temu Ramah bersama Maulana Shaykh Nazim

Temu Ramah yang Menarik Hati bersama Maulana

12 Disember 2010

A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem

Bismillah-hir Rahman-nir Raheem

Assalamu’alaikum wrh wbkt

(Maulana telah ditemu ramah oleh sebuah rangkaian televisyen pada hari ini. Saya telah mengeluarkan  bahagian yang tidak relevan dari temu ramah ini.

Soalan: Mengapakah dunia dalam keadaan seperti sekarang ini? Bagaimana untuk membawa kembali nilai-nilai kebaikan?

Maulana: Manusia sepatutnya menjadi makhluk yang baik dan berbudi, tetapi mereka tetap mahu untuk menjadi yang sebaliknya. Hal ini kerana Manusia tidak mahu meninggalkan syaitan, manusia menyokong syaitan malah( dengan mentaati syaitan).Syaitan tidak pernah mahukan kebaikan untuk manusia. Segala penderitaan yang menimpa manusia disebabkan kerana syaitan berbuat tipu daya dengan mempamerkan yang salah sebagai kebenaran, dan kebenaran sebagai kesalahan. Setiap kebaikan oleh iblis, untuk menjadi jahat, dan setiap kelakuan jahat, diangkat sebagai perkara yang baik. Dengan tersebarnya kekeliruan sebegini, bagaimanakah manusia hendak mencapai keamanan, pabila garisan yang membedakan kebaikan dan kejahatan menjadi kabur dan samar-samar?

 

Inilah fenoma yang dihadapi dunia sekarang. Oleh yang demikian, berlakulah pertikaian dan pergolakan serata dunia, setiap orang bermusuh dengan yang lain. Kerajaan tidak berpuas hati dengan rakyatnya, rakyat pula memberontak dan memerangi kerajaan. Parti-parti politik bergaduh. Majikan mengeksploitasi pekerja-pekerja, manakala pekerja pula bersungut dengan majikan.guru-guru menyerang pelajar, dan pelajar memberontak dan tidak menghormati guru. Masyarakat menyumpah-nyumpah satu sama lain, tiada lagi sikap menghormati. Jika di masa dahulu, kanak-kanak diajar adab dan santun di sekolah, kini, kini tidak lagi. Kita tidak lagi menunjukkan perlakuan baik kepada satu sama lain, kita tidak lagi bersopan kepada yang lain.

Soalan: Mengapa begitu banyak bencana alam yang berlaku dalam dunia kini?

Maulana: Hal ini kerana Yang Maha Pencipta tidak gembira dengan kita. Mengapa? Manusia kini tidak lagi mengenal Allah, sebaliknya manusia tahu dan mengenal syaitan!

 

Soalan: Bagaimana kita patut menyambut Hari Asyura?

Maulana: Masak sup yang enak bersama daging dan tepung, dan jemput tetamu untuk dikongsi bersama. Masak dalam satu kawah yang besar dan jemput orang yang lapar makan! Orang biasanya berkongsi makanan pada bulan Ramadhan sahaja, tetapi bukankah orang juga lapar selain dalam bulan Ramadhan? Maka kongsilah rezeki anda, walaupun ia bukanlah masa Ramadhan.

 

Soalan: Pada 17 haribulan Disember ini ialah ulang tahun kematian Mevlana Jalalludin Rumi (qs). Ada yang akan mengadakan majlis menyambutnya. Mereka memakai pakaian yang istimewa dan akan mengadakan lakonan di teater. Apa pendapat anda berkenaan hal ini?

Maulana: Hal ini tidak bertepatan dengan ajaran Mevlana Jalalluddin Rumi (qs). Sambutan sebegitu bukanlah apa yang maulana harapkan dari kita. Ajaran beliau yang sebenarnya tentang kesedaran pada individu, membawa orang yang jahat kepada kebaikan. Cara-cara yang direka untuk menyambut ulang tahun memperingati kematian beliau ini sebenarnya telah menipu tentang apa yang sebenarnya Mevlana mahukan dari kita.

Soalan: Sekarang kita lihat ramai orang yang menentang tariqat. Apa pandangan anda akan hal ini?

 Maulana: Orang ramai perlu diberi peluang untuk merasai perjalanan sebenar tariqat. Sepatutnya kita tidak melarang pengamalan tariqat yang sebenar walau dimana sahaja. Pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyah, semua tariqat berkembang. Kini, banyak dergah ditutup, bak kata orang, “ia dipenuhi dengan orang yang malas”. Namun begitu, bar dan kelab-kelab malam pula dibuka. Di Cyprus sahaja sudah terdapat 500 kelab malam!

Dengan akses yang mudah ketempat sebegini, ramai yang memilih untuk membujang. Mengapa perluu berkahwin dan membebankan diri dengan tanggungjawab,walhal mereka boleh mencari kepuasan seksual dengan murah ditempat sebegini? Mengapa perlu mencari yang halal sedang yang haram mudah dan murah tersedia? Sikap sebegini membawa kepada peningkatan kadar wanita tidak berkahwin dalam komuniti. Kerajaan Islam perlu menutup tempat maksiat sebegini.

Ada yang berkata dengan bisnes sebegini membawa pulangan yang lumayan. Tetapi, wang yang diperoleh hasil dari bisnes sebegini adalah wang haram yang akan mengundang kesusahan dan masalah, bukannya kesenagngan dan ketenteraman.

Ramai wanita yang diperdaya dan dipaksa bekerja dalam kancah maksiat. Mereka tertipu dengan janji palsu dan lakonan dan akhirnya menjadi mangsa perdagangan manusia. Merka yang memperdangangkan wanita dan memaksa wanita melacur, Allah akan membalasnya dengan panahan petir.

Soalan: Apakah yang akan berlaku pada tahun yang akan dating, 2011? Apa yang telah anda ramalkan benar-benar terjadi seperti apa yang anda katakan.

Maulana: Setiap hari kesusahan dan pembalasan akan dijatuhkan kepada Manusia. Ia akan dijatuhkan kepada individu dan juga masyarakat. Mengapa? Manusia kini tidak lagi mencari Kebenaran. Jika mereka benar-benar ikhlas mencari kebenaran, Allah akan menghantar seorang yang benar, seorang Siddiq, untuk memimpin mereka. Tetapi, manusia hipokrit dewasa kini, maka yang mereka temukan  adalah mereka yang jahil, yang berkongsi ideology yang sama seperti mereka. Jika kamu meletakkan hidup kamu ke dalam tangan orang yang jahil atau tidak bertanggungjawab, adakah kamu fikir hidup kamu akan berkeadaan baik?

Soalan : Oh Syaikh Effendi, dalam zaman ini, orang kaya dengan materi, akan tetapi merka tidak dapat mencari ketenangan. Mengapa sentiasa ada pelawat yang dating untuk melawat anda?

Maulana: Mereka merasakan ketengangan disini kerana kami tidak menipu mereka. Kami tidak membawa mereka kepada keduniaan, kami menyeru mereka kepada Allah. Kami tiada memaksa mereka- mereka bebas menerima nasihat yang mereka suka, atau mereka boleh pergi jika mereka menolak.

Soalan :   Apakah matlamat murid tariqat Naqshbandi? Apa matlamat hidup anda?

Maulana: Tujuan kami adalah untuk mencari Allah, untuk berkhidmat kepada Allah, untuk melakukan kebaikan,untuk hidup dengan kebaikan dan mati dengan kebaikan. Apa lagi yang kita mahukan? Segala yang mereka perlukan untuk perjalanan mereka ada disini (didalam tariqat ini)- apa untuk ‘makan’ dan ‘minum’.

Tetapi syaitan menidakannya setegas-tegasnya. Katanya “ Tidak wujud Tariqat, tidak wujud agama, tidak wujud Pencipta! “ Bagaimana tiada Pencipta sedangkan wujudnya Ciptaan?  Siapa yang mencipta Ciptaan? Falsafah syaitan untuk manusia abad ke21 seperti berikut, “ Makan, minum dan bergembiralah, dan jangan risaukan apapun! Tiada apa lagi dalam hidup kecuali itu. Jadila sahaja seperti haiwan, mereka juga hidup untuk tujuan yang sama.” Manusia pada era ini lebih memilih penghidupan seperti haiwan daripada penghidupan seperti malaikat ( mausia adalah diantara dua dunia ini).

Soalan : Apakah kewujudan seperti Malaikat?

Maulana: Malaikat dijadikan daripada cahaya, mereka makhluk syurga, dicipta untuk berkhidmat untuk Allah. Kita pula diciptakan bumi (tanah), lantas kita disini. Allah mengurniakan  kita daya fikir untuk kita berfikir (akal), merenung dan membuat keputusan. Mereka yang tidak menggunakan kurnia akal, akan terjerumus kedalam penyeksaan yang berpanjangan gan dahsyat. Akal jika dituntun betul-betul, boleh membezakan jalan kebenaran dankesesatan. Siapa yang Meminpin? Mereka yang memimpin adalah para Anbiya’ yang Allah turunkan kebumi untuk menjadi petunjuk kepada Manusia. Akan tetapi, syaitan selalu berbisik “ Jangan taat kepada para Anbiya’! Mereka pun manusia juga seperti kamu, mereka hanya mahu mengongkong kamu. Dengarkan ku, aku akan tunjukkan kamu jalan hidup yang indah dan seronok (yakni yang penuh dengan kenikmatan badani). Macam0macam jalan untuk berhibur, jangan risau (tentang hari akhirat), dan berhiburlah!” Maka para Anbiya’ dan iblis merentap hati-hati manusia daripada arah yang bertentangan.

Soalan:  Shaikh Affendi, anda menonton TV?

Maulana:  Saya amat bosan dengan apa yang disiarkan di TV. Setiap hari mereka bercakap-cakap dan menjual (iklan). Orang patut berhenti bercakap, dan mulakan bertindak. Mereka menyangkan wayang yang tidak berakhlak dan pornografi juga. Dan mereka obsess dengan rancangan sebegitu!

 

Ada pula yang menonton bolasepak. Apa gunanya? Peminat bergaduh dan memcederakan yang lain, keganasan dan rasuah dalam sukan ini. Mereka membaling batu ke arah Polis dan mencederakan orang lain, kadang-kadang hingga menikam dan membunuh peminat pasukan lawan-semuanya kerana sebuah perlawan bola sepak! Inikah sifat manusiawi? Adakah untungnya menonton perlawana sebegini?

 

Sedangakan ada dokumentari yang bagus yang boleh ditonton namun mereka masih memilih rancangan yang sia-sia.

 

Soalan :  Ada sesetengah orang percaya akan kelahiran semula, mereka akan dilahirkan semula menjadi keldai, anjing atau kucing. Apa pendapat nada tentang hal ini? Maulana:   Kepercayaan sebegini adalah mengarut, jangan sesekali percayakannya. Adakah pernah seekor keldai mengatakan ia sebelumnya dalah manusia dan sekarang adalah seekor keldai? Pergilah dan tanyakan kepada keldai itu?

Soalan : Apakah jenis-jenis cinta?

Maulana:  Terdapat dua jenis cinta. Pertama cinta kebinatangan yang berpaksikan nafsu dan kehendak. Satu lagi Cinta Suci yang diilhamkan oleh Cinta Illahi.

 

Apabila dua binatang bertemu semasa musim mengawan, mereka teransang secara seksual, lantas mengawan, kemudian pergi begitu sahaja seperti orang asing, seteusnya mencari pasangan mengawan yang lain untuk memenuhi nafsu dan keinginan. Inilah cinta kebinatangan dan manusia kini menjadi sebegini rupa. Kini penzinaan dan mukah banyak berlaku dalam komuniti hari ini.

 

Wanita, kaum yang lebih lemah dan lembut, senang sekali tertipu dan terjerumus kedalam perhubungan seperti ini dan berakhir dengan tertipu dan rusaklah maruah dan masa depannya. Selepas kaum lelaki memuaskan dirinya, dia kam menendang keluar wanita itu dari hidupnya, tanpa belas kasihan kepada wanita itu.

Juga semakin ramai pasangan yang bercerai pada hari ini. Slapas enam bulan atau setahun berkahwin, perkahwinan sudah mula berkocak dan menuju jepada penceraian. Kelihatannya seperti sebuah permainan, perkahwinan dan penceraian semakin menjadi-jadi dalam masyarakat.

 

Ramai pula lelaki yang mengambil kesempatan atas hak untuk menceraikan, mereka menceraikan  dan menenedang keluar wanita yang tidak berdaya selepas beberapa bulan perkahwinan. Selepas bosan dengan pasangan mereka, mereka menceraikannya dan memulakan ‘pemburuan’ untuk mangsa seterusnya. Lelaki sebegitu tudak takut dengan Allah, mereka tidak sedar bahawa isteri mereka adalah amanah (tanggungjawab) dari Allah kepada mereka, isteri-isteri menjadi halal kepada mereka atas izin Allah. Habis madu sepah dibuang, mereka menghalau isteri-isteri mereka, samada yang sedang berbadan dua atau dengan anak-anak, melayan mereka dengan kejam ibarat haiwan. Tidak pernah mereka fikirkan pengorbanan wanita dan apa yang telah mereka lalui. Lumrahnya, setelah wanita dihalau keluar dari rumahnya, kehidupannya penuh dengan payah jerih, sedang lelaki sibuk memikirkan kehidupan baru dengan wanita lain. Begitu kejam sekali! Lelaki sebegini wajar dipenjarakan sehingga mereka sedar- undang-undang sebegini sangat bagus. Sesungguhnya Allah pasti akan menghukum mereka.

Soalan: Ada kata-kata terakhir sebelum kit tamatkan temuramah ini?

Maulana:  Takutlah Allah. Berilah makan kepada orang miskin, begitulah yang sering Rasulullah s.a.w lakukan. Jangan berkasar dan berlaku kejam terhadap isterimu, Allah akan meletakkan kamu dibawah kawalan orang yang akan menekanmu. Bersikaplah dengan sikap baik kepada kaum perempuan. Seluruh dunia kini berkecamuk, tiada lagi keamanan, jadikanlah rumahmu syurga cinta dan ketenangan.

Dan apabila kamu memberi nasihat, didiklah mereka mengikut tahap kefahaman mereka.

Segala kebaikan dan keburukan yang menimpa, datangnya dari Allah. Segalanya dating dari-Nya. Kamu harus percayakan itu.

Saya ada sesuatu buat kamu. Solatlah dua raka’at setiap hari, dan baca Hasbunallah, Rabbunallah 100 kali. Jika kamu lakukannya dengan kepercayaan, dengan cinta kepada Allah mekar dalam hatimu, segala cabaran hidup yang mendatang pasti dapt kamu atasi. Ia akan menghilangkan kekacauan dalam hidupmu.

 

Soalan: Saya tidak berjaya disekolah. Apa yang patut saya lakukan?

Maulana: Adalah lebih baik kamu menjadi suri rumah. Ramai wanita kini mengejar pendidikan keperingkat tinggi, menagguhkan perkahwinan-dan ada yang terus membujang sepanjang hidupnya. Jika ada punya masalah disekolah, mungkin anda mempunyai kebolehan di bidang lain. Sekolah bukannya berguna untuk semua orang. Persekitaran di sesetengah sekolah tidak bersih, persekitaran itu akan ‘merosakkan’ cara hidup anda, jalan pemikiran anda.

 

Sudah ramai lelaki yang masuk meminang kamu, mengapa kamu menolaknya? Kamu ingin meneruskan pengajian ke menara gading? Banyak sekali perkahwinan berantakan kerana isteri yang berkejaya akan berkata kepada suaminya, “ Saya tidak bergantung kepadamu,”. Ini bukanlah adab namanya.

( Maulana berterima kasih kepada mereka dan menjemput mereka menjamah jamuan yang disediakan dan mendoakan mereka.)

Al-Fatihah

 

Ulasan

Maulana banyak menekankan perihal  berkaitan wanita dalam temuramah ini.

 

 

 

  • Wanita perlu berhati-hati dalam meilih tempat kerja meraka. Ramai wanita kini yang mencari peluang pekerjaan yang jauh dari rumah, sering terperangkap dalam pemerdagangan manusia, perhambaan dan pelacuran. Ia sangat menyedihkan untuk gadis-gadis muda, hidupnya menjadi tiada bererti dan dipenuhi dengan sengsara dan derita.
  • Kata Maulana, sesetengah wanita pula memilih untuk melanjutkan pelajaran sehinggan usia tiba senja, akhirnya menjadi andartu. Itulah suatu kerugian yang amat besar kerana mereka tidak dapat menikmati keberkatan perkahwinan dan kegembiraan alam keibuan.

وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُون

Dan diantara Tanda-tanda Kekuasaan Nya adlah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram  kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir..(Surah Ar-Rum 30:21)

 

 

 

  • Ada pula ibubapa yang memaksa anaknya menuju ke menara gading, mendaki tinggi dan tinggi lagi walaupun si anak tidak menampakkan minat yang sangat. Bukan semua orang perlu mendapatkan degree, PhD atau Master sebagai prasyarat kebahagiaan mereka.ramai yang memiliki bakat diluar jangaku akademik; mereka mungkin dikurniai dengan kehebatan minda dan tangan, merka ingin mencari rezeki dengan cara mereka sendiri. Ada yang minatnya dalam seni reka, ada yang hebat dalam membaiki kereta, tidak kurang juga tukang masak yang mempunyai bakat terpendam. Bagi golongan wanita akan mendapati kemahiran rumah tangga lebih bermanafaat daripada menggulung ijazah sarjana dalam Sains Aeronautikal, yang tiada kesan kepada kehidupan alam perkahwinannya.
  • Banyak pula perkahwinan kini diamana suami isteri bekerja, meninggalkan anak dalam jagaan orang gaji atau pengasuh. Tiada yang lebih indah dan membahagiakan daripada membesarkan anak-anak, menyaksikan keikhlasan kasih sayang dan memenuhi keperluan mereka. Sangat menyedihkan kini ramai ibubapa yang terlepas peluang keemasan ini semata kerana mendapatkan pendapatan lebih. Tiba masa zaman kanak-kanak ini berlalu pergi, ia adalah mustahil untuk menjalin dan menyemai ikatan yang akrab dengan anak-anakmu; janganlah kamu ‘hilang’ mereka selamanya.
  • Wanita tidak digalakkan untuk bekerja, kerana mereka telah dicipta Illahi untuk melahirkan dan mengasuh cahaya mata. Kata Maulana, setiap kali seorang lelaki melihat seorang wanita yang bukan mahramnya, dia mengambil sedikit kecantikan dan kemudaan wanita itu. Itulah mengapa wanita berkerjaya berakhir dengan kelihatan tua, dimamah usia dengan cepat! Sebaliknya bagi wanita yang menutup auratnya dan memelihara dirinya buat suaminya sahaja,kekal muda dan bertenaga sepanjang hidupnya.
  • Yang bernama wanita itu sememangnya di cipta untuk menjadi ibu yang penyayang, hatinya secara semulajadi sangat lembut dan mudah tersentuh. Iblis tidak mampu memperdaya Sayyidina Adam (as), tetapi dapat memperdaya Hawa dengan cepat. Bahayanya ini, wanita mudah untuk dibujuk kearah kemaksiatan, walaupun dari latar belakang yang baik. Dengan hatinya yang lembut, wanita mudah jatuh dalam bahana madah-madah cinta palsu. Mereka mudah kasihan dan sering menyamakan cinta dengan keakraban. Maka ramai lelaki yang mengetahui kelemahan ini mengejar wanita dengan niat untuk merosakkan mereka dengan zina. Berapa kerap kita baca, wanita yang konservatif dan kehormat, melahirkan anak luar nikah? Mereka bukanlah wanita jalang, tetapi mereka mengalah dengan prinsip mereka sendiri dek kerana kata-kata dusta lelaki buaya darat. Kelamahan wanita yang ini selalu diperguna dan dieksploitasi oleh kaum lelaki yang kejam, maka dalam Islam sendiri mengharamkan pergaulan bebas bagi mempertahankan keadilan jantina. Tetapi syaitan sangat bijak memutarbelitkan hal ini, menjadikan Islam kelihatan menekan hak wanita ( mensyariatkan wanita memakai hijab dan mengasingkan lelaki dan wanita), dan mengatakan kita mundur dan mengamalkan tradisi yang ketinggalan zaman.
  • Iblis bekerja keras untuk menggalakan seks luar nikah(zina). Iblis berusaha sedaya mampu untuk memujuk wanita menyerah kepada zina, kerana ia adalah suatu dosa yang paling menghancurkan dan memecahbelahkan ikatan kebaikan dalam mana-mana komuniti pun.  Zina  menghancurkan institusi kekeluargaan, dan tanpa satu unit keluarga asas yang warak dan takut pada Allah, keseluruhan komuniti akan menjadi kacau-bilau. Zina membunuh maruah, membawa permusuhan dalam keluarga, menconteng arang dan menjatuhkan air muka. Selain itu, zina  membawa kepada penyakit sosial seperti lahirnya anak luar nikah, ibu tunggal yang tidak bekerja dan penyakit jangkitan seksual dan kelunturan Iman.
  •  Orang di zaman ini tidak lagi menyedari besarnya dosa zina.penzinaan begitu menular sekali.Sebagai ibubapa, kita perlu menekankan kepada anak-anak akan dahsyatnya dosa berzina supaya mereka sedar dan akan menjauhka diri dari dosa ini.
  • Ibubapa memainkan peranan yang paling penting dalam mengelakkan zina. Selalunya, ibubapa melakukan kesalahan dengan membuatkan perkahwinan suatu bebanan dengan meminta hantaran kahwin yang tinggi. Di Asia, lelaki membayar hantaran kepada kelaurga pihak wanita, manakala di India dan Pakistan, pihak lelaki yang menerima hantaran. Dalam kedua kes ini, apabila permintaan hantarannya terlalu tinggi, pasangan  bertunang akan menghabiskan masa untuk menyimpan duit untuk perkahwinan. Dalam tempoh masa inilah passanagan digoda dengan pelbagai godaan dan mula berzina. Syaitan berbisik,” kamu sudah bertunang, jadi tidak salah ,majlis nikah Cuma satu adat sahaja.” Ibubapa mestilah mengikuti Sunnah rasulullah (s.a.w) dengan menjadikan perkahwinan mudah, cepat dan mengikut kemampuan. Apabila pasangan sudah matang bersedia untuk untuk kahwin, kahwinkan mereka!. Dengan menangguhkan anda hanya menjemput pelbagai masalah dikemudian hari.Rasulullah (s.a.w)  bersabda, “Perkahwinan yang paling diberkati adalah yang paling ringan  maharnya ,” dan “Terburu-buru adalah dari syaitan, kecuali dalam tiga perkara. Pertama mencepatkan waktu solat, kedua, mengebumikan jenazah dan ketiga mengahwinkan pasangan yang telah bersedia berkahwin.”
  • Rasulullah (saw) bersabda,”apabila seorang lelaki berseorangan bersama seorang wanita, yang ketiga adalah syaitan.”.pasangan yang sudah bertunang sering melihat bahawa mereka dihalalkan untuk luangkan masa bersama, kerana pada fikirannya mereka kira sudah bersatu. Tetapi apabila mereka bersama, syaitan selalu bersama mereka, menolak mereka kea rah perkara yang tidak bermoral. Keinginan orang muda diibaratkan seperti gunung berapi, membiarkan mereka tanpa pengawasan sepertinya memberi satu jemputan kearah berzina.ibubapa perlu sedar makna sebenar  bagi sebuah pertunangan dimana orang lain tidak boleh masuk meminang, sebagamana dalam hadith melarang pinangan atas pinangan orang lain. Tetapi pasangan bertunang masih lagi tidak halal bersama, selagi belum menikah, segala perlakuan dalam interaksi mesti dijaga dengan berhemah. Ibubapa perlu bertanggungjawab dan mengawasi anak mereka.
  • Suatu hari seoraang lelaki dating kepada Rasulullah (saw) dan berkata, “Aku sukakan zina.” Para sahabah yang berada disekeliling berasa marah akan ketidaksopanannya, dan mahu menyelesaikan dengan kekasaran. Tetapi, Rasulullah (saw) membawa pemuda itu ketepi dan berbicara, “Bagaimana rasa anda jika seseorang berzina dengan ibu kamu? Atau saudara wanita kamu? Atau isterimu? Atau anak perempuanmu? Adakah kamu sedar yang wanita yang kamu berzina dengannya mungkin ibu, kakak, isteri atau anak seseorang?” Pemuda tadi lalu sedar atas kebodohannya dan berkata, “Sekarang tiada yang paling kubenci melebihi zina.” Lihatlah kebijaksanaan nasihat dengan penuh hikmah, ikhlas dan kelembutan. Dalam dunia kini yang begitu mudah sekali akses kepada pornografi dan pakaian mencolok mata, nasihat Nabi adalah antidot yang paling berkesan yang kita perlukan.
  • Sebagaimana Sayyidina Adam (as) diperintahkan agar menjauhi pohon terlarang, sebegitu jua kita perlu menjauhi zina.

 

وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬

Jangan didekati zina, ia perbuatan yang hina dan jhat, membuka jalan (kepada kejahatan yang lain).

(Surah Al-Isra’ 17:32)

 

  • Demikialah bagi pasangan yang mengalah dengan godaan dan berzina, bermula dengan niat untuk sekadar merasa sedikit buah larangan, tetapi nafsu yang tidak dapat dikawal menarik mereka kelembah kehinaan. Saidina Yusuf (as) juga berasa sedikit tergoda apabila Zulaykha menginginkannya, hanya dengan Rahmat Allah menyelamatkan baginda. Jika begitu kisahnya pada seorang nabi, bagaiman pula kita, orang awam?

وَلَقَدۡ هَمَّتۡ بِهِۦ‌ۖ وَهَمَّ بِہَا لَوۡلَآ أَن رَّءَا بُرۡهَـٰنَ رَبِّهِۦ‌ۚ ڪَذَٲلِكَ لِنَصۡرِفَ عَنۡهُ ٱلسُّوٓءَ وَٱلۡفَحۡشَآءَ‌ۚ إِنَّهُ ۥ مِنۡ عِبَادِنَا ٱلۡمُخۡلَصِينَ

 

Sesungguhnya perempuan itu telah suka kapada Yusuf dan Yusuf telah suka kapadanya, kalau sekiranya Yusuf tiada melihat dalil Tuhannya,(nescaya akan didekatinya perempuan itu).

Demikianlah kami melepaskan Yusuf dari kejahatan dan perbuatan yang keji. Sesungguhnya dia seorang hamba Kami yang tulus ikhlas.

(Surah Yusuf 12:24)

 

  • Dalam memilih pasangan, adalah penting memilih pasangan berdasarkan imannya. Sebuah hadith menyatakan, “Wanita itu dinikahi berikutan beberapa perkara, kecantikannya, keluarganya (kemuliaan),kekayaannya atau agamanya. Sesiapa yang memilih atas dasar kecantikannya akan mendapati kehuduhannya. Sesiapa yang memilih keluarganya akan mendapati ia tidak mulia. Yang memilih atas kekayaannya akan jatuh papa. Tetapi yang memilih atas agamanya akan medapati kecantikan, kemuliaan dan kekayaan. “Kini orang berkahwin atas dasar tarikan fisikal dan nafsu. Ini tidak akan berpanjangan, dan selalunya selepas beberapa bulan perkahwinan mereka bosan dan mahukan kebebasan. Stail perkahwinan Hollywood ini menjadi semakin biasa, dengan sebanyak satu pertiga perkahwinan berakhir dengan penceraian. Maka, kahwinlah atas dasar yang benar!
  • Maulana juga berkata tentang lelaki yang mendera kaum yang lemah. Allah berfirman didalm Al Quran:

 

ٱلرِّجَالُ قَوَّٲمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٲلِهِمۡ‌ۚ

Lelaki itu menjadi pelindung dan pemimpin bagi wawnita, sebab Allah melebihkan setengah darpada mereka dari yang lain dan kerana mereka(laki-laki|) memberi belanja hartanya(bagi wanita).

(Surah An-Nisa 4:34)

 

  • Lelaki sepatutnya memelihara dan melindungi kaum yang lemah. Tetapi hari ini kita lihat lelaki menyalahgunakan kuasa, menjadikan wanita tempat penderaan fizikal dan mental. Imam Al Gahzali berkata, “Ibubapa perlu berhati-hati dengan siapa mereka kahwinkan anak perempuan mereka, kerana mereka menghantar mereka kesebuah penyerahan.” Jika wanita berada dalam tangan lelaki yang takunkan Tuhannya, isteri hidup dalam kehidupan yang indah dan diberkati, karena itulah Rasulullah (saw) bersabda kepada kaum lelaki, “Apabila seorang lelaki berkahwin, ia telah memenuhi seoaruh dari agamanya, maka jika ia takutkan Allah, melengakapi yang separuh lagi.
  • Sangatlah menyayat hati diamana kini kaum lelaki menyalahi system kini, merka melayani wanita sebagai objek seks dan  nafsu. Ada yang menendang wanita keluar dan menceraikan atas perkara yang kecil-kecil atau pabila merka bosan; ada pula yang sering memukul dan memalukan serta menjadikan wanita manga rogol. Rasulullah (saw) berkata, “Lelaki yang terbaik adalah lelaki yang terbaik buat isterinya.” malah dalam perhubungan suami isteri, kaum lelaki diarahkan dalam hadith, memulakan dengan cumbuan, bukan mendatangi isteri bagai binantang buas. Islam adalah agama yang indah penuh kecintaan dan adab, ia adalah cara hidup yang mulia.

 

هُنَّ لِبَاسٌ۬ لَّكُمۡ وَأَنتُمۡ لِبَاسٌ۬ لَّهُنَّ‌ۗ

Mereka dalah pakaianmu. Dan kamu adalah pakaian mereka. (Surah Al-Baqarah 2:187)

 

  • Adakah lelaki yang kejam ini tidak sedar asal merka dari rahim wanita? Dan tidak sedarkah mereka setiap wanita yang mereka lukakan, pukul, dan malukan itu adalah anak, kakak atau ibu kepada orang lain? Wahai lelaki! Layanilah wanitamu dengan kelembutan dan kasih sayang, merka adalah kaum yang lemah yang dicipta dari rusukmu, sebagai temanmu. Rasulullah (saw) tidak pernah sesekali mengangkat tangan kepada wanita, baginda adalah sebaik teman, guru dan pemimpin  kepada mereka lebih daripada yang mampu mereka harapkan. Jika anda sedang menyeksa isteri anda, hentikannya, duduk dan carilah cara yang baik untuk menyelesaikan permasalahan rumahtanggamu.

هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَجَعَلَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا لِيَسۡكُنَ إِلَيۡہَا‌ۖ

Dia yang menjadikan kamu dari diri(bangsa) yang satu, kemudian dari padanya Allah jadikan isterinya, supaya ia bersenang hati kepanya.

(Surah Al-A’raf 7:189)

 

Maka bersenang hatlah dengan mereka, dalam dunia ini hingga ke akhirat.

 

ادْخُلُوا الْجَنَّةَ أَنْتُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ تُحْبَرُونَ

Masuklah kamu ke Syurga bersama isterimu dalam kegembiraan. (Surah Az-Zukhruf 43:70)

 

Ameen, ya Rabbal ‘alameen.

 

 

This 37 minute Interview in Turkish can be watched only at www.Saltanat.org. Choose from the menu on the right, ‘Kanal T 12.Dec.2010′. There is a CC button next to the Volume control at the bottom of the screen to choose choose subtitles in eight languages, choose from Arabic, Bahasa Indonesia/Melayu, German, English, Spanish, Italian, Russian and Turkish. Click the AD button at the top right-hand corner of the display area, for a live translation into English. During Live Suhbahs, the buttons at the top provide Live Audio Translations into other languages as well. Should the video no longer be there, please look for it under the video archives of the Saltanat TV site. Saltanat TV is the Official Site of Maulana Shaykh Nazim that is sanctioned and approved by him personally.

Do register as a member of our site, so that we can update you by email, each time there is a new Post. You may also follow us on Twitter, we are SufiHub. For reproduction of articles from this site, please seek SufiHub’s consent. Suhbah Summaries that are to be re-posted (after approval) must be reproduced in full, and their source must be acknowledged. No part of any article on this website may be used for any Commercial purposes or be used without permission.

All rights reserved.

 

 

 


This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.