Moga wajah kita dipenuhi dengan cahaya dan hati kita murni!

This post is also available in: English, Italian, Spanish, Bahasa, Bosnian, Croatian, Hindi, Serbian, Turkish, Urdu

Suhbah-suhbah harian Maulana Shaykh Nazim
Moga wajah kita dipenuhi dengan cahaya dan hati kita murni!
7 Mei 2011
A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem
Bismillah-hir Rahman-nir Raheem
Assalamu’alaikum wrh wbkt
(Maulana bertemu dengan sekumpulan isteri-isteri warga Turki dan menasihati mereka tentang hal berkaitan kehidupan – antaranya pelajaran, perkahwinan, keselamatan dan perbuatan-perbuatan khusus yang kita semua boleh praktikkan. Komen-komen adalah didalam font warna lain.)
Maulana mengajar pelajar-pelajar suatu doa yang kuat dan diterima

Maulana Shaykh Nazim melafazkan doa

  • Maulana menyapa tetamu-tetamu dengan doa yang indah, “Moga Allah membuatkan destinasi terakhir kamu di jalan yang baik. Moga kamu hidup dengan kehormatan dan martabat,  iman dan agama. Moga kamu mencapai kehadhirat Ilahi dengan wajah yang bersih, terang dan bercahaya.”
  • Maulana kemudiannya mengajar hadirin untuk membaca doa yang megah dan kuat yang telah diinspirasikan kedalam hatinya yang telah diberkati, “Ya Tuhan kami, terangkanlah wajah kami dengan cahaya, dan bersihkanlah serta murnikanlah hati kami.” Sesiapa yang melafazkan doa ini akan mendapati yang ia diterima dan ia akan mendapati yang cahaya syurga diwajahnya akan meningkat, dan masalah yang membebani hatinya akan dihapuskan, dan dia akan mendapat kehormatan di dalam kehadiran Ilahi.

Mohonlah sokongan

  • Maulana mengingatkan mureeds untuk sentiasa mencari sokongan daripada Malaikat-Malaikat, dengan melafazkan ‘Madad. Ya Sayyidi, Madad.” (Madad bererti ‘sokonglah kami’).
  • Beliau mengingatkan semua untuk memulakan setiap perbuatan dengan Bismillah-hir Rahman-nir Raheem.

Berkaitan pendidikan tinggi dan pekerjaan

  • Maulana menasihatkan semua agar jangan risau sekiranya anak-anak mereka tidak mendapat tempat di Universiti-Universiti, kerana adalah lebih baik untuk mempelajari kemahiran praktikal. Ramai graduan hari ini yang menganggur. Seperti air yang penuh dengan gula, perkhidmatan awam di banyak negara tidak boleh lagi menyerap graduan ke dalam bidang kerja.

Pergaulan bebas antara jantina di kolej-kolej/ Universiti-universiti

Pergaulan bebas di kampus adalah perkara biasa pada hari ini

  • Ini ada petanda yang Hari Penghakiman semakin hampir. Ibubapa yang menghantar anak-anak perempuan ke sekolah yang bercampur akan dihukum berganda pada Hari Penghakiman (dosa mereka yang ingkar, dan dosa anak-anak perempuan mereka). Berbeza dengan hukuman di akhirat,  hukuman di dunia ini tiada apa. Jadi jangan risau tentang dunia ini, risaulah tentang apa yang akan dijawab dihadapan Allah pada Hari Penghakiman.
  • Pada hari tersebut, Allah akan bertanya, “ Kenapa engkau membenarkan anak perempuan engkau duduk bersama lelaki  yang bukan mahramnya? Adakah ia halal atau haram untuk dia melakukan sedemikian? Kenapa engkau membenarkan anak perempuan engkau dihantar kesekolah bercampur?  Adakah engkau fikir pergaulan bebas dibenarkan disekolah-sekolah? Adakah aku mengarahkan engkau meletakkan lelaki dan perempuan bersama begini? Atau aku mengarahkan engkau untuk menjaga kesuciannya? Dimanakah maruah engkau? Dimanakah kebajikan engkau?” Tidak ada tempat untuk melarikan diri dari hukuman yang akan menimpa mereka pada Hari tersebut.
  • Kampus-kampus hari ini dipenuhi dengan lelaki dan perempuan yang bergaul bebas, dengan begitu banyak yang berlaku diantara mereka yang menghilangkan kebajikan dan kesucian, martabat dan iman mereka. (Adakah ini dikatakan ‘mendapatkan pendidikan’? Bila anak perempuan yang dihantar ke luar negara, pulang tidak bermoral, hamil dan berpenyakit kelamin? Pendidikan jenis apakah itu, di mana mereka menjadi rosak dalam proses tersebut?) Maulana berdoa sesiapa yang menganjurkan dan melaksanakan sistem yang tercabul, berakhir buruk.

Wanita yang telah berkahwin harus tinggal di rumah sebagai suri rumah

Nabi (saw) bersabda: "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah isteri solehah".

  • Maulana mengeluh kepada fakta yang mana tiada orangmendengar nasihatnya, is seperti bercakap dengan dinding. Sebenarnya, dinding mungkin mendangar, kata Maulana, tetapi tidak kepada orangyang beliau nasihati. Inlah masanya, yang mana manusia lebih suka mengikut cadangan syaitan, tetapi menolak arahan Allah!
  • Adakah mengingkar arahan Allah Maha Kuasa membawa kebaikan atau kelebihan kepada manusia? Tidak. Tetapi manusia masih mengingkari Allah. Jadi, hidupnya dipenuhi dengan masalah dan kesedihan. Hati mereka hancur (kerana mereka tidak mendapat ketenangan dan kepuasan yang mereka ingini) dan tubuh-tubuh mereka berpintal (diserang oleh penyakit). Manusia merasa sakit dan lemah setiap masa. Semua kesakitan dan kesusahan disebabkan oleh tentangan arahan Ilahi.
  • Sekiranya wanita mengikut Syariah Islam dengan menjadi surirumah yang taat, (menjaga rumah mereka, suami dan anak-anak), semua isu-isu ini tidak akan timbul. Sebaliknya wajah-wajah mereka akan bercahaya, anak-anak mereka akan sihat, suami-suami mereka akan mendapat rezeki yang banyak dan rumah-rumah mereka akan diberkati. (Dengan keluar bekerja, mereka akan kehilangan semua itu dan berakhir dengan penderitaan).

Kahwinkanlah anak-anak perempuan kamu apabila peminang datang

Nabi (saw)bersabda: "Jangan ditangguh tiga perkara. Solat, setelah azan memanggil. Pengkebumian, setelah seseorang itu mati. Perkahwinan, apabila calon yang sesuai telah ditemui."

  • Ramai ibubapa menolak pinangan untuk anak perempuan mereka, lebih suka untuk menunggu anak perempuan mereka tamat pengajian. Adakah ibubapa mengharap peminang menunggu berdekad-dekad untuk menerima pinangan? Sebaik sahaja peminang yang sesuai dating, jangan diarkan dia menunggu! Kenapa mereka tidak mengahwinkan anak-anak perempuan mereka semasa remaja? Setengah wanita belajar sehingga melepasi usia tiga puluh tahun! Dengan menjadikan pelajaran sebagai kepentingan utama, mereka telah Berjaya mendapatkan sijil, tetapi terlepas peluang untuk mendapatkan suami! Sebaik sahaja peluang itu hilang, adalah sukar untuk wanita mendapat peluan kedua. Maulana memberikan contoh bagaimana Hajjah Naziha dikahwinkan pada usia 15 tahun, dan sekarang, dia sudah menjadi seorang nenek.
  • Tawaran pertama, sekiranya wanita tersebut menerima, adalah lelaki yang dia akan suka. Berikanlah anak-anak perempuan kamu  kapada peminang pertama yang sesuai yang memintanya! Sekiranya kamu menolak dia, jadi bersedialah kamu untuk menerima lelaki yang dia tidak suka, seterusnya. Ini adalah nasihat GrandShaykh’s(q) kepada semua wanita!
  • Dengan berkahwin lewat, selepas masa yang sesuai dan utama untuk berkahwin telah habis, perkahwinan mereka akan bermula dengan  platform peemarah dan aggresif, berakhir dengan percaraian. Anak-anak mereka akan terpisah dan dibesarkan oleh ibubapa berbeza (bercerai) inilah yang telah merosakkan komuniti kita sejak beratus tahun dahulu.

Arahan untuk keselamatan diwaktu malam

Sekarang adalah masa yang bahaya dan tidak menentu

  • Wanita tidak seharusnya keluar pada waktu malam, ia adalah bahaya. Lelaki juga tidak patut berkeliaran di jalan-jalan pada waktu malam.
  • Kaum lelaki juga tidak patut meninggalkan wanita di rumah tanpa dijaga. Terdapat ramai orang jahat berkeeliaran masa kini, jadi seorang lelaki mesti berada dirumah untuk mempertahankan keluarganya.
  • Jadi lelaki mesti mempunyai cara untuk mempertahankan dirinya sekiranya rumahnya diserang , dalam menakluki lawannya. Mempertahankan diri adalah hak yang diberikan oleh Allah kepada Umat Manusia.
  • Tutup pintu pada waktu malam selepas maghrib.
  • Tidurlah awal dan padamkan lampu apabila kamu berbuat demikian.
  • Jangan membuat bising yang terlalu banyak.
  • Menjaga setiap satu sama lain.
  • Bacalah Ayatul Kursi di empat penjuru rumah kamu, tiup keatas dan bebawah di setiap penjuru.
  • Bacalah Ayatul Kursi pada diri sendiri sebanyak 7 kali.
  • Bacalah “Ya Hafeez, antal Hafeez,” 100 kali (Oh Pelindung, Kaulah Pelindung Kami).
  • Kemudian doa, “Oh Allah, kami serahkan agama kami, kepercayaan kami, kehormatan kami dan kebaikan kami, yang masih muda dan telah tua, kepadaMu. Betulkanlah situasi kami, oh Allah Maha Kuasa. Betulkanlah iman kami dan anak-anak kami. Oh Allah, kami meminta keselamatan dari-Mu.”
  • Ambillah wuduk sebelum tidur.
  • Bacalah sekurang-kurangnya dua muka surat al-Quran sebelum tidur.

Selepas itu, jangan takut, penjaga akan dilantik dan dihantar untuk mengawasi kamu daah rumah kamu. Apabila ditanya oleh tetamu,  adakah ini mukjizatpada masa kejahatan akan dating, Maulana berkata, “Kita kini sudah berada pada masa tersebut. Apa yang kamu tunggu?”
Nasihat untuk penduduk Istanbul

Bandar Istanbul yang diberkati, yang akan selamat

  • Tinggallah bandar Istanbul dan pergi ke desa.
  • Terdapat keselamatan dan keamanan yang kepada sesiapa yang tinggal di sempadankota tua Istanbul sahaja, terdapat banyak masjid-masjid disana, pergi dan solat disana. Penduduk mesti membetulkan situasi mereka, kekal di dalam rumah dn membaca doa sepeti diajarkan diatas – malaikat khas akan dihantar untuk melindungi mereka. Luar daripada sempadan tersebut, semua kawasan-kawasan yang baru dibina berada dalam bahaya. Bangunan pencakar langit adalah bahaya yang pasti. Dan sekiranya gempa bumi besar melanda, tiada yang akan selamat sekiranya bangunanbangunan ini runtuh.
  • Mereka yang dating dari Anatolia mesti pulang ke kampung-kampung mereka, atau Laut Hitam akan menelan mereka. Jangan kekal di Istanbul.
  • Laut Marmara juga tidak selamat, ia terletak di atas gunung berapi, dan laut itu sedang mendidih dibawah permukaan. Sekiranya ia meletus (sepeti yang berlaku pada tahun 1999 di Golcuk) aka nada bahaya yang serius.
  • Bacalah, ‘Ya Hafeez,” setiap hari sebanyak 100 kali (oh Pelindung Kami), Dan tiada apa yang akan berlaku.
  • Ramai orang muda yang dikerahkan ke dalam tentera, apa yang mereka boleh baca untuk perlindungan, tanya seorang tetamu. Maulana menjawab, “bacalah Hasbunallah Robbunallah, (Allah itu cukup untuk kami, Allah adalah Tuhan kami) dan janganlah takut.”

Nasihat terakhir – berbekallah dengan keperluan

Kita semakin hampir kepada Hari Kiamat setiap saat

  • Semua orang mesti memenuhkan barang keperluan dan makanan di rumah mereka, cukup untuk 40 hari seperti beras, garam, mentega, sabun, air dan sebagainya.
  • Apa sahaja yang telah kamu sediakan selama 40 hari, akan insya Allah, bertahan sehingga tiga kali lebih lama, jadi jangan takut.
  • Maulana berakhir dengan meminta pelajar-pelajar untuk berdoa untuknya, yang beliau tidak akan terbatas kepada tempat tidurnya.

Al-Fatihah.

Suhbah 17 minit ini adalah di dalam bahasa Turki, dan boleh ditonton di www.Saltanat.org, klik di sini untuk menontonnya sekarang.

Saltanat TV ialah Laman Rasmi Maulana Shaykh Nazim yang diberi izin dan kelulusan oleh beliau sendiri.

Kami sedang mencari jurubahasa untuk mengalih bahasa Suhbah Berbahasa Inggeris kepada sebanyak mungkin bahasa lain. Kami sanggup membayar untuk pengalihan bahasa tersebut, memandangkan masa adalah singkat dan terdapat banyak perkara yang perlu dimaklumkan kepada orang di seluruh dunia. Sila maklumkan kepada kami sekiranya anda boleh membantu, dan caj anda. Kami sedang berusaha untuk mendapatkan dana untuk ini, jadi silalah bantu kami.


This entry was posted in Suhbah and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.