13 Episod Nasihat Yang Sangat Bermanfaat (Bahagian 1)

This post is also available in: English, French, Italian, Spanish, Bahasa, Portuguese (Brazil), Turkish, Urdu

Suhbah Mawlana Sheikh Nazim Adil Haqqani

13 Episod Nasihat Yang Sangat Bermanfaat (Bahagian 1)

22 April 2011

(Suhbah kali ini merupakan satu nasihat yang sangat penting dan Mawlana telah memberikan nasihat ini kepada tetamu yang berbeza-beza, dan juga pada semua murid terutamanya yang mahukan kesihatan dan kehidupan yang sejahtera. Bahagian pertama ini dimulakan dengan 4 sub- bahagian.)

Bahagian 1 – Segala sesuatu yang berasal dari fitrah/semulajadi adalah yang paling baik.

  • Mawlana berpesan, carilah sesuatu yang semulajadi/fitrah dalam kehidupan kalian, kerana sesuatu yang palsu, yang dicipta-cipta atau direka pada zaman moden ini akan membawa keburukan yang sangat dahsyat dalam kehidupan kalian. Ayuh, berlarilah kalian kepada sesuatu yang semulajadi dan larilah sejauh2nya dari sesuatu yang setani atau yang direka-reka oleh manusia pada zaman ini dari segala sesuatu yang palsu.
  • Mawlana telah memberikan satu perumpamaan yang sangat baik untuk diteladani iaitu bagaimana Beliau mengamalkan dengan meminum segelas jus oren 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari dan petang dan melalui amalan tersebut, Mawlana tidak pernah dijangkiti dengan penyakit selsema/berhingus/kesejukan atau yang seumpama dengannya sepanjang kehidupan Beliau. Jika kalian beramal dengan mengambil buah-buahan dan jus semulajadi yang segar sbg amalan pemakanan kalian, INSYA ALLAH kalian sama sekali tidak akan dihidapi sebarang penyakit.
  • Mawlana berkata, ini adalah satu nasihat dan perintah kepada semua manusia iaitu dengan meninggalkan sesuatu yang bukan fitrah/direka-reka atau sesuatu yang bukan semulajadi adalah sesuatu yang terbaik untuk Umat pada masa ini dan akan memberikan kalian banyak hikmah.

Ulasan

  1. Carilah sebanyak-banyaknya sesuatu yang asli & semulajadi/tradisional dalam kehidupan seharian kalian yang mampu dilaksanakan mengikut kemampuan kalian:
  2. Jika kalian makan, maka makanlah makanan yang segar dan semulajadi, bukan yang diproses atau diawet, terutamanya makanan dalam tin atau makanlah makanan yang baik dan selamat untuk kesihatan kalian.
  3. Gunakanlah ramuan semulajadi apabila kalian memasak dan elakkan makanan segera atau makanan yang membawa kepada kemudaratan (seperti noodle mee, burger, mcD, KFC & lain-lain yang membawa kepada lemah minda dan kesihatan).
  4. Gunakanlah ubat-ubatan semulajadi di sebalik kalian bergantung kepada pelbagai ubat-ubatan hospital dan farmasi. (terlalu banyak ubat semulajadi yang ALLAH kurniakan di bumiNYA).Rujuk pada suhbah lepas yang telah disampaikan oleh Mawlana mengenai perkara ini.
  5. Luangkanlah masa dengan berjalan-jalan di pusat riadah disebalik kalian menaiki basikal.
  6. Beli dan hiaskanlah rumah kalian dengan bunga semulajadi (kerana setiap bunga mempunyai pelbagai kelebihan dan kesegaran atau lebih tepat frekuensi yang tersendiri) daripada kalian menghias dengan bunga plastik yang tidak memberi sebarang kesegaran pada kalian.
  7. Panaskan masakan dengan api disebalik kalian panaskan dengan menggunakan ketuhar gelombang.
  8. Pandulah kenderaan kalian dengan menurunkan cermin disebalik kalian menggunakan pendingin udara.
  9. Elakkan penggunaan alat solek dan pencuci kuku sebaliknya gunakanlah penyegar mata /celak dan inai.
  • Satu kisah yang sangat masyhur telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW iaitu apabila seorang raja dari Negara jiran telah menawarkan seorang perawat/doctor yang paling hebat untuk berkhidmat dengan Rasulullah SAW. Hingga satu masa beliau tinggal di Madinah dalam jangka masa yang sangat lama sehinggakan beliau tiada pesakit untuk diubati kerana kebanyakannya dikalangan para sahabah pada masa tersebut memiliki kesihatan yang sangat baik.
  • Jika dibandingkan situasi tersebut dengan apa yang berlaku diseluruh dunia hari ini, dimana rumah sakit/hospital dipenuhi dengan jutaan pesakit fizikal, rohani/spiritual malahan begitu ramai yang sakit mental pada zaman ini. Terlalu banyak orang-orang hari ini dihidapi dengan pelbagai penyakit kronik dan membuatkan kehidupan mereka menjadi tidak senang hingga membebankan orang lain.
  • Sudah pasti kalian semua dapat menyaksikan sesuatu yang tidak kena telah berlaku pada makanan, ubat-ubatan dan persekitaran dan begitu ramai sekali manusia yang sakit sepanjang kehidupan mereka, sedangkan hospital dan farmasi telah mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan hingga berjuta-juta ringgit. Hari ini kita telah melakukan sesuatu yang salah dan nasihat ringkas daripada Mawlana ini merupakan kunci kepada kesihatan dan kehidupan kita semua.

Bahagian 2 – Nasihat kepada bakal Ibu Bapa


  • Ibu-ibu yang mengandung tidak seharusnya pergi berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan (seperti menjalankan pemeriksaan kesan imbasan cahaya/scan /ultrasound, menjalankan amniotic fluid untuk ujian DNA dan lain-lain) kerana ini semua sangat merbahaya dan memudaratkan bayi, dan kemungkinan bayi yang bakal dilahirkan akan mengalami kecacatan fizikal atau mental dan masalah kesihatan yang lain seperti jantung berlubang. Ramai sekali orang-orang datang berjumpa dengan Mawlana membawa anak-anak mereka dan Mawlana melihat para doktor merupakan “penyumbang” kepada kecacatan ini. Mawlana mengatakan “campur tangan” yang dilakukan oleh para doctor telah menyebabkan ALLAH marah dan murka dan menyinggung Nabi SAW, dan ini adalah tugas Mawlana untuk menyatakan kepada kalian semua para murid dan muhibin dan orang-orang di luar sana bahawa pentingnya pesanan ini.

Mawlana menegaskan dengan jelas bahawa, apabila kalian kaum ibu didapati mengandung, maka kalian mestilah melakukan perkara-perkara berikut:

  1. Sembelihlah seekor kambing (sepertimana kalian melaksanakan ibadah qurban) atas kemuliaan & penghormatan kepada Shaykh Sayyid Abdul Qadir Jilani (q) dan Sayyidatina Nafisatul Thohirah (q) dan berilah makan daging tersebut kepada orang-orang fakir dan miskin. Hal ini kerana kedua-dua Awliya inilah (semoga ALLAH merahmati mereka) bertanggungjawab memelihara dan melengkapkan kitaran pertumbuhan bayi tersebut semasa di dalam perut ibunya.
  2. Dan para ibu, kalian mesti memakai 2 taweez dimana satunya untuk ibu dan satu lagi untuk bayi didalam kandungan kalian.
  3. Dan setelah lahir bayi tersebut maka, kalian harus memakaikan salah satu taweez yang dipakai oleh kalian.
  4. Bersedekahlah setiap hari atas niat untuk kebaikan dan kesihatan ibu dan bayi yang dikandung.
  5. Wanita yang mengandung seharusnya disambut oleh para bidan wanita dan bukannya para doktor lelaki seperti kebanyakan hari ini.
  6. Memadailah apabila bayi yang dilahirkan itu sihat, dan tidak perlu kalian jalani pemeriksaan/rawatan yang mahal, atau menjalani pemeriksaan mingguan melalui pakar dengan cuba melangkaui apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH.

 

  • Dalam suhbah yang telah disampaikan oleh Mawlana pada 24 Februari 2011, Mawlana mengatakan: Apabila kalian (kaum ibu) mengandung, maka tidak perlu berjumpa doktor kerana bidan sahaja sudah memadai. Tetapi hari ini, mereka telah membawa begitu ramai sekali anak-anak yang cacat, semua ini adalah disebabkan mesin /alat rawatan yang diletakkan di perut mereka, dan selepas mereka “merosakkannya”, mereka datang kepada saya dan berkata, Oh Sheikh Effendi, tolong doakan agar ALLAH menyembuhkan anak kami seperti sediakala. “Kalian telah “merosakkannya”, dan setelah apa yang terjadi bagaimana lagi harus aku berdoa untuk kalian? Jadi, AMBIL PERHATIAN SEMUA. BERI AMARAN KEPADA MEREKA DI LUAR SANA! SEORANG BIDAN SAHAJA SUDAH MAMPU MENGHANTARKAN BAYI BAHKAN BUKAN SAHAJA UNTUK SELURUH KAMPUNG, MALAHAN SELURUH BANDAR. Tetapi sekarang para doktor datang menggunakan mesin dan alat mereka dan kemudian berkata, kita harus membedah perut mereka, mereka harus menjalani operasion. Seorang bayi itu tahu dari mana dia datang dan dia akan keluar apabila tiba masanya, tapi bagaimana harus menerangkannya?Oh, tiada siapa yang akan memahaminya.

Ulasan

  • Selama ribuan tahun yang lalu, wanita yang melahirkan anak semuanya dibantu oleh bidan dan dijalani terapi melalui urutan dan ubat-ubatan tradisional. Malahan sehingga hari ini, masih banyak lagi pusat rawatan tradisional yang masih wujud dan mengamalkan cara perubatan & rawatan Islam secara tradisi. Teknik pembedahan hanyalah baru dan ianya bertentangan dengan shariah. Ramai sekali wanita-wanita moden hari ini memilih untuk menjalani pembedahan (samada memilih atau dipaksa)kerana dengan cara ini difikirkan memudahkan mereka dan mengelakkan kesakitan semasa melahirkan bayi dan sebahagian memilih cara ini hanya kerana mahukan anak tersebut lahir mengikut pada tarikh yang ditetapkan doktor.
  • Maqam Sayyidah Nafisatul Thohirah (q) terletak di Mesir dan Beliau merupakan ahlul bait yang sangat tawadhuk dan sangat terkenal dengan kisah hidupnya yang masyhur (sila klik untuk baca kisah apabila kalian mempunyai masa kerana artikelnya sangat panjang). Ramai rakyat mesir menziarahi maqamnya sepanjang tahun terutamanya pada bulan Ramadhan dan mereka berdoa & memohon kepada ALLAH melalui kemuliaan & darjat beliau agar disembuhkan daripada segala wabak & penyakit. Orang-orang datang menunaikan nazar di maqamnya yang suci dengan harapan agar kehendak yang dihajati oleh mereka dimaqbulkan. Masjid dan maqam beliau memiliki status kemuliaan dan keistimewaan yang sangat tinggi di kalangan penduduk mesir, dan saat paling gembira dalam kehidupan mereka akan menjadi tidak lengkap andai majlis perkahwinan tidak diadakan di kawasan/Masjid Sayyidatina Nafisah(q). Penduduk Mesir menziarahi masjid dan maqam beliau seharian untuk berdoa agar diberikan kebahagiaan dalam perkahwinan dan kehidupan mereka.

Bahagian 3- Buatlah Catatan Nota dan Pelajarilah Suhbah

GrandShaykh and Maulana Shaykh Nazim

  • Mawlana berpesan kepada para tetamunya dan muridnya, pada masa yang lalu Apabila Grandshaykh Abdullah Faiz Daghestani (q) memberi nasihat/suhbah, beliau akan menulis nota dan mengingati dan mengkaji apa yang disampaikan oleh Grandshaykh (q). Dengan hanya memiliki helaian kertas dan pensil, Mawlana dapat mencatatkan begitu banyak sekali nasihat yang disampaikan. Mawlana merasa sangat dukacita kerana bagaimana hari ini para murid/tetamu/pelawat datang dengan membawa kamera video, perekod suara, telefon bimbit yang mempunyai fungsi merekod suhbah/nasihat Mawlana namun hanya beberapa sahaja yang melakukannya.

Ulasan

  • Shah Naqshband al-Uwaisi al-Bukhari (q), Imam kepada Tariqah Naqshbandi telah menyebut, Jalan kita ialah keberadaan bersama/jemaah, dan kebaikan terkandung didalamnya”. Shaykh Adnan Kabbani telah memberitahu ungkapan tersebut telah disebut oleh Shah Naqshband sebanyak 12000 kali semasa hayatnya sebagai tanda bersamaannya dengan bilangan Rasulullah (SAW) menunaikan mi’raj sepertimana yang diketahui umum, Rasulullah SAW hanya naik ke langit (mi’raj) sekali sahaja. Tiap dari suhbah yang disampaikan Shah Naqshaband mengandungi permata, rahsia dari setiap Mi’raj satu daripada kerahsiaan Rasulullah SAW.
  • Setiap kalimah yang keluar dari ucapan seorang Awliya dalam satu perjumpaan adalah seumpama mutiara yang sangat berharga. Kita para murid seharusnya berasa dahaga, seumpama makhluk yang dahaga dihadhirat Shaykh, dengan menghadam setiap perkataan yang disampaikan oleh Mawlana, mencatat setiap kalimat seumpama hikmat yang disampaikan dan merekodkan dalam hati kita mengenai apa yang disampaikan oleh Shaykh. Sesetengah pelawat yang datang hanya menganggap Mawlana hanyalah seorang orang tua yang hanya merepek mengenai demokrasi dan demokrasi dan hukuman Tuhan. ASTAGHFIRULLAH. Mawlana bukanlah orang biasa yang lemah kerana ketuaannya dan bahkan tidak gila sama sekali, hal ini kerana Mawlana mempunyai buah fikiran yang sangat cerdas dan tajam dan bahkan apabila Mawlana menyampaikan sesuatu kepada semua, itu adalah rahsia yang dibukakan melalui hatinya dan segala kerahsiaan yang didedahkan oleh Mawlana adalah merupakan kata-kata yang suci dan terpelihara. Dalam Haqiqatul Haqqani, kitab yang telah diiktiraf sendiri oleh Mawlana dan telah ditulis oleh khalifah Mawlana Sheikh Nazim yang sangat kita cintai, Shaykh Adnan Kabbani (q) menyebut, GrandShaykh Abdullah Faiz Daghestani sendiri mengatakan, Shaykh Nazim adalah Tajalli atau Cahaya ALLAH Yang Maha Agung . Kerana apabila beliau berkata-kata, jangan kalian mendengar seperti Mawlana Sheikh Nazim yang sedang berkata-kata, sebaliknya dengarkanlah apa yang disampaikan itu seolah-olah kalian mendengar ALLAH Yang Maha Agung sendiri bertutur kepadamu.
  • Makanya, kita semua para murid atau sesiapa sahaja harus menunjukkan setinggi-tinggi kehormatan dan adab di hadhirat Mawlana, Jangan sesekali kalian meninggikan suara kalian (umpama keldai), dan kurangkan berkata-kata melainkan yang perlu. Kalian juga patut mengurangkan lawak jenaka (sesetengahnya melakukan kerana ingin meraih populariti/perhatian) dan jangan sesekali kalian bertanya atau menjatuhkan air muka Mawlana dengan pujian yang melampaui batas. Apa yang paling baik ialah kalian menutup mulut kalian sebaliknya buka hati (dengan zikrullah) dan telinga kalian (dengan nasihat yang disampaikan) seluas-luasnya apabila kalian bersama beliau. Setiap dari gerak-geri , jenaka dan kata-kata Mawlana mempunyai maksud & pengertian yang sangat mendalam dan bermakna, oleh itu ambil dan simpan dan imbas kembali apa yang disampaikan, kelak kalian akan melihat sendiri hikmah mengenai apa yang disampaikan oleh Mawlana selepas kalian pulang ke tempat kalian.

Bahagian 4- Tiada Keizinan Bagi Murid Yang Ingin Menunaikan Umrah/ Haji Pada Tahun Ini

  • Melihat kepada ketegangan suasana politik yang tidak menentu dan tidak stabil di Timur Tengah, para Murid tidak dibenarkan sama sekali menunaikan Ibadah Haji dan Umrah pada tahun ini sehingga Kebenaran diberikan kepada Mawlana untuk membenarkan para murid berbuat demikian.

Ulasan

  • Saya (penulis) telah bertanya hal yang demikian dan perkara yang sama ketika saya( penulis) menziarahi Mawlana pada 12 Mac 2011 dan Mawlana tetap memberikan jawapan yang sama (mengenai kebenaran menunaikan haji dan umrah) dan Mawlana menambah pada bulan Ramadhan ini, beliau akan memberikan penegasan kepada jawapan mengenai perkara ini.
  • Antara adab di dalam Tariqah ialah meminta kebenaran dalam semua perkara terutamanya jika kalian merancang untuk terbang/berpergian ke luar Negara, berkahwin dan bercerai. Tetapi malang sekali, ramai murid mengambil kesempatan dengan melakukan rutin mereka iaitu membeli tiket terlebih dahulu, membuat tempahan tiket kemudian baru mendapatkan kebenaran. Tidak kurang juga ada yang merasa terganggu untuk mendapatkan kebenaran.
  • Hal ini kerana telah diberitakan dalam Hadis Rasulullah SAW bahawa peristiwa pertumpahan darah akan berlaku semasa haji tersebut apabila Imam Mahdi as muncul nanti, dan inilah mengapa hal ini dilihat begitu penting sekali untuk memohon keizinan dari Mawlana untuk melaksanakannya biarpun Haji dan Umrah adalah satu Ibadah yang suci. Ditambah pula dengan kejadian bencana alam yang berlaku di seluruh dunia, ketidakstabilan politik, kesan ledakan nuclear dan merebaknya radiasi di Jepun, maka itulah mengapa kalian perlu memohon keizinan dan kebenaran sebelum membuat sebarang penerbangan bahkan bukan untuk haji/umrah, malahan urusan lain juga.

Bersambung…

 


This entry was posted in Suhbah. Bookmark the permalink.