Hadis ini mengandungi pelbagai pengetahuan/pengajaran: 29 Oktober 2010

This post is also available in: English, Bahasa Sug, Turkish

Ringkasan Suhbah Maulana Shaykh Nazim

29 Oktober 2010, Jumaat

Hadis ini mengandungi pelbagai pengetahuan/pengajaran

(Mawlana telah menyampaikan dua Suhbah pada hari Jumaat ini, iaitu selepas Solat Subuh dan selepas Solat Juma’at. Ini adalah Suhbah yang telah di beri selepas Solat Juma’at)

A’uzubillah himinash shaitan nirrajeem

Bismillah-hir Rahman-nir Raheem

Assalamu’alaikum wrh wbkt

  • Maulana memulakan setiap Suhbahnya dengan kalimat Bismillahirrahmanirrahim dan setiap sesuatu perbuatan mestilah kamu mulakan dengan kalimat agung Bismillahirrahmanirrahim. Juma’at merupakan hari yang paling agung dan mulia, baik di dunia mahupun kehidupan selepasnya (akhirat). Jika kamu ingin mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat, kamu mesti menunjukkan rasa kehormatan dan memuliakan hari Juma’at. Maulana Shaykh Nazim sendiri (semoga Allah merahmati beliau) telah berusia 90 tahun tetapi masih mampu untuk hadir menunaikan solat Juma’at, jadi apatah lagi kamu semua yang masih muda dan sihat? Larilah…larilah sejauh2nya dari syaitan dan berlarilah menghampiri Allah swt!
  • Kehidupan manusia sekarang dipenuhi dengan berbagai tekanan. Mereka merasakan bebanan di bahu mereka semakin berat. Musibah seperti ribut taufan dan puting beliung, gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, banjir besar, rusuhan politik, wabak penyakit yang membawa kepada kematian, konflik rumahtangga, semua itu merupakan tanda2 kemurkaan Allah terhadap kelalaian umat manusia. Kebanyakan manusia hari ini telah terpengaruh dan hanya memikirkan kepentingan harian/duniawi mereka sahaja dalam dunia yang semakin kacau bilau hari ini.
  • Kebanyakan manusia hari ini merasa sangat aman dan selesa kerana secara faktanya, kedudukan geografi mereka tidak berada pada kedudukan garisan/zon aktif gempa bumi atau tidak menjadi sasaran taufan dan barang kali mereka fikir mereka tidak akan sama sekali dilanda tsunami kerana kedudukan mereka adalah di luar ancaman tsunami. Bala bencana datangnya dari Allah  dan secara amnya, ia tidak berlaku berdasarkan faktor geografi atau sebagai satu kejadian alam semulajadi semata-mata! Maulana berkata, setiap musibah yang berlaku adalah datangnya perintah hukuman dari syurgawi, jadi jangan kamu rasa kamu jauh dari garisan atau kejadian bala bencana, maka kamu akan selamat. Berapa banyakkah kejadian yang pada logik akalnya tidak seharusnya berlaku telahpun berlaku? Apabila Allah memerintahkan taufan atau tsunami untuk menghancurkan sebuah bandar atau kotaraya, ia akan dengan tepatnya memusnahkan semua hidupannya disitu (umpama sebuah misil yang menuju tepat ke sasarannya), tidak kira samada kedudukannya berdasarkan saintifik sangat jauh atau bebas dari zon berbahaya. Setiap sesuatu yang berlaku itu adalah disebabkan turunnya perintah dari surgawi yang mengatakan “Pergilah ke sana dan musnahkan semua yang ada disitu”. Walaupun berbagai ramalan mengenai bencana taufan atau banjir diramalkan, tetapi Allah yang menetapkan segala2nya. Manusia hari ini hidup dalam ketakutan kerana kehebatan bom nuclear tetapi Allah mampu menjadikan kekuatan bom nuclear hasil manusia umpama alat permainan kanak kanak yang tiada nilainya, kata Maulana. Kamu semua jika diberi umur yang panjang, mungkin dapat menyaksikan kehebatan Allah dengan hanya menghantar ribut taufan tetapi mampu menghapuskan, memusnahkan dan menghancurkan keseluruhan rangkaian dan kekuatan bom nuklear.
  • Dengan tujuan hidup yang tidak menentu, manusia kini sentiasa berada dalam ketakutan sepanjang hidup mereka. Disebalik kacau bilau dan huru hara yang berlaku ini, bagaimanakah setiap dari kamu dapat mencapai keselamatan dan keamanan dalam diri? Baginda Nabi (saw) telah memberi petunjuk serta jawapannya kepada umatnya. Daripada hadis yang telah diriwayatkan oleh Sayyidina Abbas (ra), Baginda (saw) telah bersabda : “Wahai saudaraku, apakah kamu mencari perlindungan dari Tuhanmu yang agung untuk keselamatan dunia dan akhirah? Ahfizhillah yahfazhak,  – ‘Peliharalah Allah, maka Allah sesungguhnya akan memelihara dirimu.’ – Kullu ‘l-`uloom hunaak, ‘Setiap dari pengetahuan dan rahsia Allah itu adalah di sini. Tonjolkan kehormatan yang tertinggi terhadap Allah, nescaya Allah akan sentiasa melindungimu di dunia dan akhirat.’
  • Semua kitab-kitab suci yang lalu mengajar dan menyampaikan mesej yang sama : Wahai manusia, berusahalah menjadi orang-orang yang “rabbaniyin” iaitu hamba yang sejati milik Tuhan syurgawi.
  • Maulana telah memberi amaran dengan jelas: Wahai manusia sekalian, sentiasalah berusaha berada dilandasan yang benar, jagalah jalanmu, berhati-hatilah, pilihlah jalan yg benar, peliharalah keselamatan mu, tujulah jalan yang suci. Kamu semua mestilah (berlari) meninggalkan kehidupan sekarang (kehidupan yang penuh dengan kemungkaran & dosa) yang kamu masih mahu nikmati yang sebenarnya membawa kepada kehancuran. Jika kamu ingin mendapat keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat, maka peliharalah dan hormatilah serta berilah kehormatan yang tertinggi untuk Tuhanmu, Allah yang Maha Esa. Wahai manusia, sentiasalah menghormati dan merendahkan diri dihadapan Tuhanmu. Mereka yang taat, akan selamat dan yang menderhaka, hanya ketakutan akan menyelubungi kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Wahai manusia, jadilah hamba yang taat pada Penciptamu dan rendahkanlah dirimu dihadapan Tuhan Syurgawi dan kamu akan memperolehi kemanisan hidup di sini dan di hari penuh kemudian yg kekal abadi. Berikanlah kehormatan yang tinggi pada Tuhanmu dan berusahalah untuk menjadi hamba yang taat dan berwaspadalah dari menjadi derhaka! Sesungguhnya setiap masalah, setiap hukuman, setiap wabak dan bala bencana akan menimpa keatas mereka yang derhaka!
  • Jika kamu berdegil dan berkeras ingin berterusan menjadi penderhaka dan tidak mahu mentaatiNya, kehidupan kamu akan sentiasa diselimuti dengan ketakutan. Dan apabila hukuman sentiasa membayangi mu, kamu akan merasa ketakutan sepanjang masa dan tiada punya erti lagi kemanisan dlm hidupmu. Sesungguhnya hamba yang taat akan menikmati tidur yang lena dan mereka tidak akan pernah merasa bimbang biarpun kejadian gempa, banjir besar, kebakaran, atau taufan melanda kediaman mereka malah hukuman2 ini tidak akan langsung menggugat mereka.
  • Janganlah sesekali mengikuti dan menuruti petunjuk dari mereka yang derhaka. Sesiapa yang takut dianiayai dan dizalimi oleh tangan yang zalim (pemerintah yang zalim atau seseorang yang cuba menghalang dari menuruti perintah dan jalan Tuhanmu) bacalah kalimat/zikir RabbunAllah HasbunAllah setiap hari sehingga 40 hari berturut-turut (sebolehnya lakukan sampai bila-bila 1000x), dan kamu akan bebas dari pengaruh dan kekuasaan manusia yang zalim, malah Allah akan mengantikan kehidupan kamu kepada kehidupan yang lebih baik.
  • Maulana berkata, wahai manusia, kamu telah dikurniakan sesuatu kekuatan yang sangat hebat (melalui kalimat/zikir agung ini) yang tidak akan sesiapa dapat menjangkakannya. Kekuatan yang terkandung dalam kalimat/zikir ini adalah lebih hebat dari kekuatan bom nuclear! Ya Rabbi, syukur Ya Rab. Wahai Tuhan Pencipta segala asbab/kejadian, berikanlah kami kekuatan hingga kami benar-benar yakin dan berusaha keras dalam menta’ati dan mengabdikan diri dan menjadi hamba yang sebenar-benar hamba kepadaMu.

Al-fatihah.

Ini adalah adegan di Mahkamah Uthmaniyyah

Komentar…

  • Jika kamu sentiasa di zalimi dan dihalang dari mengabdikan diri kepada Allah (swt), janganlah kamu melawan atau menentang kembali dengan perbuatan yang sama atau kekasaran, sebaliknya lakukanlah zikir HasbunAllah RabbunAllah, atau boleh juga Robbunallah Hasbunallah, yang bermaksud “cukuplah Allah bagi kami/pelindung kami, dan Allah adalah Tuhan kami (tempat kami bergantung segalanya)”.
  • Maulana berkata, sesungguhnya kalimat ini mempunyai kekuatan dan hikmat yang lebih dahsyat/hebat dari kekuatan bom nuclear, jadi yakinlah. Maulana telah berkata dalam Suhbah nya pada tanggal 27 Oktober 2010 yang lalu, dengan hanya kalimat/ zikir ini, sesungguhnya seorang yang zalim dan telah melakukan kezaliman selama beberapa dekad pun akan jatuh dan rebah (tewas) jika semua rakyat yang dizalimi olehnya berzikir dengan kalimat ini selama 40 hari secara berterusan.
  • Sesungguhnya hanya Allah sebenar-benar Tuhan dan Penguasa Agung dan kita juga mestilah menjadi sebenar-benar hamba. Kita mesti mematuhi segala perintahnya dengan taat. Menghormati Allah bererti menghormati dan menghalusi setiap perintahnya dan menjauhi larangannya, baik perkara yang kecil mahupun sebesar-besar perbuatan, tanpa sebarang persoalan, tanpa sebarang bantahan dan tanpa merasa kepenatan.
  • Bayangkan kamu sebagai hamba yang sedang berada di sebuah istana yang hebat dan dimilki oleh Raja yang agung, sebagai seorang hamba, maka kamu mesti bertingkah laku seperti mana yang Sang Raja mahukan. Kamu mesti berpakaian, berjalan, bercakap, duduk, bersantap, memberi salam, memberi penghormatan , semuanya mengikut kepada protocol atau tatacara istana yang telah ditetapkan. Kehendak kamu sesekali tidak wujud. Tetapi kemahuan Sang Raja mengatasi dan menguasai seluruh hidupmu dan sentiasa mengatasi kemahuanmu. Jika Sang Raja menginginkan kamu berdiri di satu sudut dewan santapan, dengan menundukkan kepalamu sepenuhnya di hadapan hidangan, dengan merapatkan kedua-dua kakimu, dalam keadaan senyap tanpa mengerling walau sebentar terhadap hidangan, maka itu adalah yang sepatutnya kamu perlu lakukan. Hakikatnya, itulah yang berlaku di seluruh dan setiap kediaman di Raja seluruh dunia – setiap dari kamu harus mematuhi aturan Sang Raja dan memberi penghormatan kepadanya. Begitu juga dengan ketua kerajaan, sebelum bertemu dan menghadap Raja, penasihat protocol dari kedua-dua pihak akan bertemu dan berbincang mengenai peraturan dan tatacara (adat), keistimewaan dan keutamaan setiap kerabat diRaja dan setiap dari ketua kerajaan yang perlu dipatuhi oleh kedua2 pihak kepada protocol dan peraturan istana.
  • Sebagai perumpamaannya, tontoni video di bawah, anakanda kepada Maulana Shaykh Nazim , Shaykh Bahauddin menerima anugerah dari Sultan Perak pada tahun lalu (2009) bagi pihak ayahandanya Maulana Shaykh Nazim Haqqani. Perhatikan adat istiadat / protokol diraja!
Jika kamu tidak berkesempatan menonton keseluruhan video ini, tontonilah 2 minit yang terakhri darinya dimana Shaykh Baha’uddin tampil menerima anugerah/penghormatan bagi pihak ayahndanya Sultan Awliya Mawlana Shaykh Nazim Adil Haqqani Al Qubrusi.

(Ini merupakan sambutan sempena Jubli Perak Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia dimana Sultan Azlan Shah telah menganugerahkan pingat kebesaran kepada Haji Baha’uddin Adil Efendi. Shaykh Bahauddin telah menerima pingat tersebut bagi pihak ayahndanya, Sultan Awliya Maulana Shaykh Muhammad Nazim Adil Haqqani AlQubrusi. Pingat ini telah dianugerahkan hanya kepada ahli keluarga kerabat diRaja Perak dalam erti kata yang lain Maulana Shaykh Nazim telah diiktiraf dan telah diterima sebagai sebahagian dari keluarga kerabat diRaja. Tidak ada kehormatan yang lebih tinggi lagi apabila kamu menerima penghormatan/pingat kebesaran dari Sultan yang memiliki gelaran2nya.

 

Anakanda Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, iaitu Shaykh Raja Ashman Shah merupakan Khalifah/wakil Maulana Shaykh Nazim dalam tariqat Naqshbandi di seluruh pelusuk Asia. Pada Ramadhan yang lepas, Maulana Shaykh Nazim sendiri telah menyebut dalam video rasmi beliau (boleh di tonton di Saltanat TV  (www.saltanat.org) mereka (keluarga diRaja yang amat mulia Tuanku Shaykh Raja Ashman) telah memuliakan dan memberi penghormatan kepada beliau, dan semoga Allah akan memuliakan dan meninggikan darjat mereka (inilah doa dari seorang Sultan Awliya).
Ketika Shaykh Baha’uddin telah melawat Kuala Lumpur awal tahun ini, beliau telah memberikan suhbah yang ringkas di zawiyah (Bukit Damansara di mana penulis sendiri hadir pada masa tersebut dan telah mendengar dari mulutnya sendiri), Shaykh Bahauddin telah menyebut bahawa Maulana Shaykh Nazim sentiasa “memerhatikan” Malaysia, ini kerana sayangnya kepada Tuanku Shaykh Raja Ashman Shah sangat tinggi dan Maulana sangat menyayangi Khalifahnya Shaykh Raja Ashman. Pada masa yang sama, Shaykh Baha’uddin sendiri telah memberitahu penulis bahawa semua (jemaah Naqshabandi dari Singapura) haruslah kerap menziarahi  Shaykh Raja dan menghadiri majlis zikir Khatam Khwajagan dengan beliau yang diadakan setiap Khamis malam Juma’at di Zawiyah Bukit Damansara dan sebaik2nya memohon keberkatan/doa dari Tuanku. Sesiapa yang pernah berjumpa/berhadapan sendiri dengan Yang Amat Mulia Tuanku Shaykh Raja Ashman akan terpegun dengan kesabaran, hikmah dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Tuanku. Semoga Allah merahmati Tuanku Shaykh Raja sekeluarga.
*video Maulana Shaykh Nazim memuji Tuanku Shaykh Raja Ashman Shah dan keluarganya boleh ditonton di Saltanat TV, klik pada ‘subtitled video’, klik pada ‘English’ dan klik pada ’18 september 2010, wadin naml’)
  • Ini hanyalah majlis/acara istana di dunia dan di bawah pemerintahan Raja dunia. Lihatlah setiap dari gerak atur langkah, adab-adab dan protocol. Tidakkah kamu lihat bahawasanya setiap dari yang hadir melaksanakan seperti apa yang telah ditetapkan? Setiap orang menghormati aturan majlis yang telah ditetapkan. Bagaimana dengan istana/ singgahsana Raja Syurgawi? Kita hanya merupakan tetamu di dunia dan di akhirat sana, dan apakah aturan yang sebenar bila kita berterusan hadir dihadapan Raja segala Raja, Malikul Mulk? Baginda Rasulullah (saw) telah menunjukkan kepada kita semua dan baginda sendiri mematuhi peraturan itu apabila Baginda (saw) bersabda: “Aku makan seperti seorang hamba, duduk spt seorang hamba, berjalan seperti seorang hamba.” Jadi barangsiapa yang berterusan menyedari kewujudan, kehadiran dan pemerhatian Allah, maka kita semua mestilah berterusan bersikap dan berusaha menjadi seorang hamba serta memberikan penghormatan yang tinggi kepada Allah yang Maha Agung – itu merupakan hikmah atau arahan yang telah terkandung dalam semua kitab suci.
  • Apabila kita menyebut mengenai penghambaan/pengabdian bermaksud, tidak hanya fisik /badan kita sahaja yang tunduk kepadaNya, sebaliknya segala kemahuan, kehendak, nafsu, ego kita mesti turut serta tunduk padaNya. Qalbu dan Rohani kita mesti merasa puas menerima segala perintahnya dan kita seharusnya gembira kerana wujud sebagai hambanya dan jangan sesekali kita semua merungut mengenainya. Bersyukurlah.
  • Rasulullah (saw) telah menyebut bahawa segala pengetahuan serta hikmah terkandung dalam hadis ini iaitu sesiapa yang memberi penghormatan tertinggi kepada Allah swt akan menjadi hamba yang sentiasa sedar akan kehadiranNya, akan sentiasa merendahkan diri padaNya tanpa membantah walau sedikitpun perintah dan laranganNya, akan sentiasa redha dengan perintahNya, malah sentiasa berterima kasih atas pemberianNya yang tidak pernah putus dan tidak terkira banyaknya, takut dan akan mengelakkan dari menderhaka, akan sentiasa berhati-hati dengan perkataan, amal perbuatan dan terutama niatnya dan akan sentiasa mencari keredhaan Tuhannya dan merasa takut untuk berpaling dari Tuhannya.
  • Kesimpulannya dari pengetahuan yang telah diajar dalam semua kitab suci ini ialah: berikan Allah dan segala perintahNya kehormatan yang agung dan tinggi dalam setiap saat kita hidup di dunia yang sementara ini kerana, kita semua adalah milikNya.

(Kami ingin menyambut ahli terbaru kami dalam pasukan SufiHub, beliau adalah seorang sukarelawan yang bekerja kerana cinta nya pada Shaykh kami. Salinan ini adalah usaha beliau, kami memohon doa dan Fatiha atas usahanya yg sangat mulia ini. Kami masih mencari sukarelawan2 atau sesiapa yg mahu bekerja untuk mengalih bahasa bersama SufiHub)

 


This entry was posted in Suhbah. Bookmark the permalink.