“Ya Tuhanku…hambamu menyerah!” 12hb October 2010

This post is also available in: English

Ringkasan Suhbah Maulana Shaykh Nazim

12th October 2010

“Ya Tuhanku…hambamu menyerah!”

A’uzubillah himinsh shaitan nirrajeem

Bismillahir Rahman-nir Raheem

Assalamu’alaikum wrh wbkt

  • Maulana memohon pada yg Maha Esa agar tidak membiarkan mereka yg beriman tanpa bimbingan,dan jangan ditinggalkan mereka tanpa menguatkan kelemahan mereka.
  • “Jangan tinggalkan kami di sebalik tabir kegelapan dan kebodohan, bantulah dan bimbinglah kami ke arah cahaya Syurgawi”. Maulana bermohon dengan rendah hati agar dapat sampai pada keamanan Syurgawi dan pada cahaya Syurgawi, walaupun itu hanya sinaran cahaya tunggal.
  • Ramai guru guru agama percaya bahawa mereka telah sampai ke kemuncak kefahaman dalam agama dan bahawa ufuk dimana mereka berdiri sekarang, adalah batas pemahaman manusia.Begitu jauh mereka dari kebenaran! Di sebalik setiap ufuk terdapat ufuk lainnya yg tidak terhitung banyaknya yg dipenuhi dgn Ilmu Syurgawi. Mintalah segala Ilmu dalam Lautan tersebut kerana Allah telah menciptakan Lautan lautan Ilmu itu utk manusia, bukan untuk diriNya. Adakah kamu fikir segala Lautan-lautan Ilmu itu sengaja disembunyikan dari manusia? Allah tidak memerlukannya…jadi Lautan-lautan Ilmu itu di cipta khusus bagi manusia untuk berusaha mencarinya.
  • Allah tidak memerlukan ciptaanNya…malahan ciptaanNya yang amat memerlukanNya. Jadi semua yang diciptakan bukan untuk diriNya, tetapi adalah untuk kebaikkan hamba hambanya dan ciptaan lainnya. Manusia merupakan ciptaan Allah yang diberi kehormatan yang amat hebat dibandingkan dengan ciptaan lainnya. Manusia harus sedar betapa hebat/besarnya kehormatan yang diberikan atas mereka dan manusia mesti tahu mengapa!

Kami telah memuliakan anak-anak Adam. (Surah Al-Isra' 17:70)

  • Wahai ulama…misi kamu adalah untuk memberitahu manusia betapa hebat dan besarnya kehormatan yang dianugerahkan Allah atas diri mereka. Kamu mesti menyedarkan mereka dan beritahu tentang kehormatan tersebut. Bahkan Rasulullah (saw) dan para Malaikat belum dapat mencapai had penuh pengetahuan, tentang betapa besarnya kehormatan tersebut, karramna (lihat ayat di atas) yang Allah telah anugerahkan kepada umat manusia!Hal ini digambarkan sebagai Lautan atas Lautan atas Lautan kehormatan!
  • Maulana menunjukkan rasa terkejutnya bila mengetahui Ayat seperti diatas tidak di terangkan pada semua oleh cerdik pandai dalam agama hari ini. Mengapa? Apakah mereka merasakan Ayat tersebut tidak penting ataupun tidak terdapat apa apa pelajaran yang penting dan perlu bagi manusia didalamnya? Mengapa Allah turunkan Ayat itu jika ianya tidak mengandungi lautan kebijaksanaan yang tidak ada akhirnya. Tetapi apakah sebabnya cerdik pandai demikian tidak menghuraikan rahsia dan pelajaran yang terkandung di dalam Ayat tersebut, ataupun Ayat2 lainnya. Mereka terlalu bangga untuk merendahkan diri mereka dihadapan seorang Pembimbing2 Kerohanian, yang mempunyai hubungan sejati dengan alam ghaib dan yang memegang kunci-kunci khazanah Syurgawi yang dapat membuka pintu kefahaman dan tabir hikmah.

Tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui (Surah Yusuf 12:76)

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar. (Surah At-Taubah 9:119)

Hai jama’ah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus [melintasi] penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan. (Sultan). (Surah Ar-Rahman 55:33)

  • Ego membuatkan seseorang itu merasakan sukar untuk menerima hakikat bahawa terdapat orang lain yang lebih berpengetahuan dari dirinya. Tetapi Allah telah menerangkan didalam Ayat diatas, terdapat mereka yang ilmu pengetahuannya melebehi kamu, dan orang orang yang beriman digalakkan mencari Para Sadiqeen, kerana mereka diberi kekuasaan untuk menembusi di sebalik tabir2 yang menghalang kamu dari mencapai kefahaman yang mendalam. Mereka juga adalah orang2 yang mengetahui perihal Rahasia Hati. Tidak semua yang mengaku dirinya sebagai pembimbing itu benar2 seorang pembimbing. Seorang pembimbing yang benar / sejati akan membawa kamu ke Lautan Ilmu yang teramat luas, dimana dibelakangnya terdapat Lautan Kebijaksanaan, dimana dibelakangnya terdapat pula Lautan kekuasaan / kehebatan Allah yang maha Kuasa. Allah telah menganugerahkan kehormatan pada anak anak Adam,dan menyediakan mereka Lautan Lautan kehormatan yang tidak terhitung…
  • Kamu tidak boleh mendakwa mengetahui segalanya dalam Islam! Nabi2 yang diutus membawa pelajaran dan pesanan2 yang berbeza, sepertinya juga setiap kitab2 suci yang diturunkan, membawa wawasan dan kunci2 untuk pemahaman yang berbeza. Seorang Nabi kemungkinan tidak tahu apakah yang dibawa oleh seorang Nabi yang lain untuk umatnya/pengikutnya. Jadi jika ada terdapat hal-hal yang para Nabi2 tidak mengetahui, bagaimana pula ada sebahagian para Cendekiawan hari ini menggelarkan diri mereka sebagai ensiklopedi Islam?, Para Ulama Salafi ini, menolak ajaran Tariqah, menyebutnya sebagai bidaah, yang menyedihkan, mereka tidak sedar, tidak mengerti bahawa cara merekalah yang di tolak/tentang. Mereka percaya mereka telah memahami tafsir yang paling unggul (elaborasi/penjelasan) dari Al Quran, dan bila terdapat sebuah tafsir yang baru dari mana mana Ayat, mereka mula rasa curiga dan menolaknya. Ulama sedemikian akan memikul bebanan yang amat berat dibahu mereka, kerana mereka menggelarkan diri sebagai seorang yang cerdik pandai / berpelajaran / berpengetahuan tinggi, jadi mereka bertanggungjawab untuk membimbing pengikut2 mereka. Jika mereka tidak menjalankan amanah tersebut, mereka akan di hukum oleh Allah dengan hukuman yang lebih berat dari yang dikenakan atas orang biasa.
  • Wahai orang orang yang beriman, rendahkan dirimu! Kamu mesti mengaku pada dirimu, yang kamu sentiasa memerlukan bimbingan dan bantuan. Didalam setiap Ayat di kitab Suci Al Quran, terdapat Lautan Ilmu (bimbingan) yang tidak terhitung, setiap satu Lautan itu tidak ada dasarnya dan tiada pantai yang wujud. Adalah satu kebodohan dan perbuatan yang sia sia, untuk cuba menyekat penjelasan pada hanya apa yang telah kamu pelajari sahaja. Bagaimana mungkin sebutir atom dapat mengerti / memahami sebuah Lautan? Maulana bertanya. Manusia diibaratkan seperti sebutir atom, tetapi mereka punya keberanian untuk menolak selautan yang dipenuhi dengan ilmu Ilahi. Sebutir atom mungkin dapat mengerti tentang dirinya, tetapi ia tidak akan mungkin dapat memahami tentang Lautan lautan atom yang lainnya. Sama seperti seorang manusia yang dapat memikul segala bebanan dalam hidupnya sendiri, tetapi pasti tidak akan sanggup memikul bebanan seluruh manusia.
  • Lihatlah betapa juta banyaknya buku2 yang di karang untuk menerangkan makna Ayat2 yang terkandung didalam hanya sebuah kitab, iaitu kitab suci Al Quran! Sebanyak mana manusia menulis, Allah membuka lebih dan lebih lagi Rahasia Al Quran, akan tetapi, kesemua yang telah ditulis/dikarang dan yang dapat difahami manusia hanyalah seperti sebutir atom sahaja dibandingkan dari selautan luas kefahaman! Manusia harus sedar betapa kerdil dan lemahnya mereka…seperti sebutir atom yang jatuh ke dalam sebuah Lautan, ianya akan hilang lenyap begitu sahaja. Tetapi Allah telah menjanjikan/bersumpah bahawasanya Dia telah mengangkat Bani Adam yang kerdil/kecil dan tidak berdaya ini, sebagai seorang Khalifa, dan diberikan kepadanya kehormatan yang tidak tertanding!
  • Apakah Ringkasan/rangkuman, tujuan utama keseluruhan Syariah Islam? Ianya agar, hari demi hari, ego kamu bertambah lemah dan lemah, sehingga akhirnya ego mu menyerah. Pada ketika itulah, kamu akan berkata, “Aku menyerah…ya Tuhanku!” Kamu harus menyerahkan diri pada kehendakNya. Berserah dan tunduk dengan tawadduk! Jangan melawanNya, jangan melawan kehendakNya, kamu tidak akan menang, kamu tidak boleh menang!
  • Jika kamu telah diberi petunjuk oleh Allah untuk mendapatkan seorang guru/pembimbing yang benar, jangan berdiam diri. Jangan menyembunyikan diri, maju kehadapan dan istiharkan pada semua, “Orang ini berkata yang benar, ikutilah dia!” agar mereka semua dapat di beri bimbingan. Bacalah perintah Allah ini:

Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Surah Al-Ma'idah 5:2)

  • Maulana berkata, ini adalah satu perintah (wata’aa wanu) kamu harus membantu dalam kabaikkan. Bantulah untuk sebarkan segala pelajaran dan pesanan ini, dan kamu akan diangkat serta dianugerahkan kehormatan yang tiada batasannyanya. Sebarkanlah pelajaran ini, dengan apa cara sahaja yang kamu mampu dan kamu miliki, sebarkanlah dan bawalah segala ajaran yang benar ini kepada setiap insan di muka bumi ini. “Bantulah saya (untuk menyebarkan ajaran2 ini),” kata Maulana, “Jangan menentang saya.” Sesiapa yang menentang sesama manusia, adalah syaitan.

Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu! (Surah Ya-Sin 36:60)

  • Musuh Utama Bani Adam adalah syaitan. Jadi sesiapa yang memusuhi sesama manusia adalah syaitan juga. Kamu harus membantu satu sama lain dalam kabaikan, dan menghormati satu sama lain, kerana manusia telah di anugerahkan kehormatan yang tidak terfikir hebatnya. Ianya merupakan satu kehormatan yang tidak ada batasannya yang di beri pada setiap diri kamu. Tetapi alangkah pelik nya, manusia hanya menujukkan penghormatan pada para Raja2, ketua2 negara, orang2 kaya dan ternama. Apakah itu perintah Ilahi? Ramai orang2 yang sedemikian yang tidak mengambil berat dan melakukan yang terbaik terhadap sesama warga/bangsanya. Mereka lebih suka dipuja/disanjung oleh orang2 bawahan mereka! Siapakah yang memberi mereka hak/kebenaran untuk memperkecilkan/memalukan orang? Ramai orang2 yang berpengaruh/berkuasa menyalahgunakan kuasa mereka terhadap orang2 dibawah jagaan mereka, sehingga mereka dibenci . Adakah perintah untuk berbuat demikian terdapat didalam Kitab2 suci yang diturunkan? Diatas perintah siapakah mereka diberi keizinan untuk melakukan kekejaman terhadap orang2 dibawah jagaan mereka, sedangkan Allah telah berikan mereka (yang dizalimi itu ) kehormatan?
  • Allah telah menganugerahkan kehormatan yang sebegitu rupa untuk manusia, jadi tiada sesiapapun yang punya kebenaran untuk menjatuhkan maruah, mengaibkan maupun merendahkan orang lain. Tetapi sayangnya ramai yang berkelakuan sedemikian, sebab itulah Nabi (saw) bersabda, “Selepas pemerintahan Raja2, akan berkuasa para penzalim.” Penzalim2 itu nantinya akan menyebarkan rasuah/korupsi di merata dunia. Rakyat dikebanyakkan negara2 serata dunia, tidak berpuas hati atas pemerintahan para penzalim2 tersebut didalam negara mereka. Mereka menjadi mangsa penindasan, penganiayaan dan diskriminasi. Penguasa2 zalim ini malah menghancurkan rakyat yang lemah dengan penuh kekejaman. Kamu melihat semakin banyaknya protes dan demonstrasi (tunjuk perasaan ), Maulana meluahkan kebimbangannya, ditakuti akan terjadi dari tunjuk perasaan/demonstrasi ini, berubah menjadi satu keganasan/kekerasan. Rakyat yang tertindas akan menjadi lebih berani untuk menjatuhkan/menundukkan pemimpin mereka yang zalim dan menjadikan mereka hiasan awam. Lihatlah kitaran kekerasan dan kezaliman – jika seorang pemimpin itu memerintah dengan kezaliman, rakyat pasti akan memberontak dan rusuhan/kekacauan akan bermula. Tidak ada manusia yang punya kekuasaan untuk memperlakukan manusia lain dengan cara yang tidak berperikemanusiaan. Sesiapa yang memperlakukan manusia dengan kekejaman, pasti akan menerima balasan dan kemurkaan dari Ilahi.
  • Maulana berkata, “Saya rasa sungguh menyesal dan sangat sedih.” Ini kerana Rasulullah (saw) diutus dengan membawa mesej keamanan, tetapi mesej tersebut ditenggelami dalam kejahilan mereka yang cetek pemahaman. Rasulullah bersabda didalam sebuah hadis, “Aslim taslam”-Mereka yang tunduk dan menyerah (dalam Islam), akan mencapai keamanan dan keselamatan. Islam adalah keselamatan. Jadi datanglah.Datang dan menyerah kepada Allah, pada perintah Tuhanmu, dan kamu akan berada didalam keselamatan serta Perlindungan Ilahi di dunia dan akhirat.

Fatihah

Penerangan

  • Allah menciptakan semua ciptaan, untuk Manusia, dan Dia telah menciptakan Manusia, untuk Dirinya. Kita harus berusaha dengan gigih untuk mencari Lautan Pengetahuan yang tersembunyi, kerana ianya diciptakan khusus bagi kita untuk mendapatkan kenikmatan, ketaatan dan peningkatan darjat.
  • Apakah yang membuatkan manusia berhenti dari mencari Lautan2 ini? Ego! Orang yang sombong akan merasakan dirinya sudahpun sampai kepuncak/tahap yang tertinggi kefahaman. Dia rasakan dirinya sudah ‘tamat’ belajar. Kita tidak akan dapat mengisi cawan yang telahpun dipenuhi air, jadi datanglah dengan cawan yang masih kosong-datanglah dengan rendah diri, tinggalkan segala pengetahuanmu di muka pintu, lalu masuklah dan belajarlah. Disebabkan Ego, seseorang itu tidak dapat rendahkan diri di kaki seorang Guru Spiritual, di rasakan ianya satu perbuatan yang memalukan dan merendahkan dirinya, kerana dia merupakan seorang cendikiawan! Maka hasil dari tuntutan awalnya, adalah kesombongan, dan kesombongan itu menjadi hijab yang menghalangnya dari mendalami ilmu yang sebenarnya.
  • Ilmu pengetahuan boleh membawa manusia pada dua arah, bergantung pada niat mereka. Bagi sesetengah orang, mereka semakin bertambah sombong dan lebih sombong lagi disebabkan bertambahnya ilmu didada. (Sebahgian manusia bertambah buta setiap saat!.Oleh yang demikian mereka ini akan hadapi akhir yang mengerikan disebabkan mereka mengikut jalan yang serupa Iblis! Ego bertambah liar dan kuat hari demi hari kerana mereka tidak punya keikhlasan.
  • Bagi mereka yang punya keiklasan di dalam diri, ilmu pengetahuan yang didapati menjadikan mereka lebih merendah diri dan bertaqwa. Ego mereka menjadi lebih mudah di jinakkan sehingga ego itu dapat ditumpaskan dan mereka merasakan ketenangan. Orang yang demikian, yang di berkati Allah akan berkata, “Hambamu ini menyerah, Ya tuhanku!” Mereka ini tidak lagi seperti seekor ikan yang terkeluar dari takungan air, yang perlu berjuang untuk hidup, tetapi seperti seekor ikan yang di berkati dan boleh menyelam lebih dalam dan dalam lagi hingga ke dasar lautan. Islam bermakna penyerahan pada kehendak Allah. Berapa ramai diantara kita yang benar benar melakukannya?
  • Maulana bermohon agar kita semua membantunya menyebarkan segala pelajaran yang disampaikan, sebagaimana Allah memerintahkan agar kita membantu dalam ketaatan dan ketaqwaan. (www.SufiHub.com dimulakan khusus untuk tujuan ini, dan apabila Maulana diberitahu mengenai lelaman SufiHub ini, beliau sungguh gembira. Alhamdulillah. Jadi sesiapa yang dapat membantu dengan apa cara yang anda mampu, bantulah).
  • Kita harus renungkan bahawa Allah telah menganugerahkan kehormatan pada setiap manusia, tanpa membeza bezakan mereka dengan kehormatan yang tidak terbatas. Tidak ada siapapun yang punyai hak atau kebenaran untuk menyakiti serta menimbulkan penderitaan ataupun tidak menghormati satu sama lain, walaupun serendah mana pangkat mereka didunia ini. Perlakukan setiap orang dengan hormat, menahan lidah daripada menyakiti mereka, bersangka baik tentang mereka, doakan mereka, memaafkan dan bersabar dengan mereka semua. Hormati mereka semua, demi Nya. Jika Dia tidak mencintai mereka, Dia tidak akan mencipta mereka.

This entry was posted in Suhbah. Bookmark the permalink.